WhatsApp
Seluruh Kluang

Bypass air di Kluang

Air paip perlahan bila guna air dari tangki? Kami pasang laluan bypass supaya air ke paip rumah lebih kuat, selepas semak tekanan bekalan dan keadaan paip rumah anda dulu.

RM580harga tetap, termasuk barang dan upah. Tiada caj tersembunyi.
Hasil pemasangan bypass air oleh PS Plumber
Sesuai untuk siapa?

Bypass mungkin sesuai kalau rumah anda ada masalah ni

  • Air shower dan paip perlahan walaupun tangki penuh
  • Air di tingkat atas lebih lemah daripada tingkat bawah
  • Mesin basuh atau water heater lambat berfungsi sebab air kurang

Hasil bypass bergantung pada tekanan bekalan di kawasan anda dan sistem paip rumah. Sebab itu kami semak dulu. Kalau tak sesuai, kami beritahu terus terang dan tak pasang.

Apa yang kami buat

Langkah kerja pasang bypass

  1. Semak dulu

    Kami semak tekanan bekalan dan laluan paip rumah untuk pastikan bypass sesuai.

  2. Pasang laluan bypass

    Pasang laluan paip dan injap, kemudian sambung ke sistem paip sedia ada dengan kemas.

  3. Uji aliran

    Uji aliran air dan semak sambungan untuk kebocoran sebelum kami serahkan.

Paip bypass dipasang kemas pada tangki air di ruang atas rumah Laluan paip bypass lengkap di sekeliling tangki dalam siling Paip bypass di tepi tangki dalam ruang konkrit
Harga

Satu harga tetap untuk bypass

Bypass (barang dan upah)RM580
Caj pengangkutan, bandar KluangRM30
Caj pengangkutan, luar bandar KluangRM50

Rumah dua tingkat: bypass untuk rumah dengan 2 bilik air sahaja. Pam penggalak tak termasuk. Kalau perlu pecah dinding atau mozek, tambah RM100 setiap point termasuk tampal simen, dan kami beritahu dulu sebelum mula.

Tambah RM80 sahaja, dapat cuci tangki sekali. Pakej Asas RM690 termasuk bypass, cuci tangki dan caj pengangkutan. Pakej Lengkap RM990 tambah kepala paip dekat meter dan bola pelampung baru. Promosi hingga 30 November 2026. Booking RM50 sebelum tarikh tu, kerja boleh dibuat kemudian sehingga 31 Januari 2027. Lihat semua pakej
Soalan lazim

Soalan tentang bypass

Bypass boleh buat air rumah saya lebih kuat?

Bergantung pada tekanan bekalan dan keadaan paip. Kami semak dulu sebelum cadangkan bypass. Kalau tekanan tak cukup, kami bincang pilihan lain dan harganya.

Tangki masih diguna selepas bypass?

Ya. Tangki kekal sebagai simpanan air. Kami terangkan laluan mana yang ikut bypass dan mana yang kekal dari tangki untuk rumah anda.

Ada caj datang tengok?

Datang tengok sahaja percuma dalam bandar Kluang, dan RM30 untuk luar bandar Kluang. Tanya dan hantar gambar meter air dan paip tangki melalui WhatsApp juga percuma.

Bila perlu bayar?

Bayar RM50 untuk booking slot. Kerja RM400 ke atas: deposit 50% dibayar sehari sebelum tarikh kerja, dan RM50 booking dikira sebahagian daripada deposit. Baki dibayar selepas kerja siap. Boleh bayar tunai, pindahan bank atau DuitNow QR.

Air rumah perlahan?

WhatsApp nama taman, jenis rumah dan gambar meter air anda. Kami semak sama ada bypass sesuai.

WhatsApp PS Plumber